BUJANG TERLAJAK MELETUP DI PAWAGAM 19 JANUARI 2012 (1901)
Pada 19 Januari 2012, datanglah beramai-ramai dan pakai baju warna biru dan berhimpunlah di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bagi menonton Bujang Terlajak. Perhimpunan anda di semua pawagam-pawagam seluruh Malaysia adalah sebagai simbolik bahawa anda menyokong kebebasan bersuara dan kebebasan menerima idea-idea daripada dunia luar.
![]() |
Beginilah sesaknya ! |
Datanglah beramai-ramai dan berhimpunlah sambil menghiburkan diri anda. Pada hari itu ada kejutan istimewa yang pasti membuat anda teruja. Di bawah beberapa bangku di pawagam-pawagam seluruh Malaysia yang menayangkan filem Bujang Terlajak ada hadiah-hadiah misteri menanti anda sebagai pemegang tiket bertuah. Anda akan dimaklumkan apakah hadiah-hadiah misteri tersebut.
Datanglah awal pada 19hb Januari 2012 kerana tiket dijangka habis pada 7 hari yang pertama berdasarkan sambutan luar dugaan kepada trailer serta You Tube downloads Bujang Terlajak. Jangan terlepas peluang memenangi hadiah misteri dan berhimpunlah dengan baju biru sambil menonton Bujang Terlajak sebagai simbol anda menyokong kebebasan bersuara dan kebebasan menerima idea daripada luar.
Inilah keadaan pawagam ketika Bujang Terlajak bermula pada 19hb Januari 2012 |
Datanglah beramai-ramai ke seluruh pawagam-pawagam di seluruh Malaysia dan saksikan Bujang Terlajak.
No comments:
Post a Comment