Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Meletup di Pawagam
19hb Januari 2012.
Bujang Terlajak Belum Terlanjur - Mantap ! |
Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur telah mendapat promosi dalam rancangan TV3 Malaysia Hari Ini edisi 17hb Januari 2012 , jam 12.30tgh. Nabil dan Fazura telah tampil ditemubual dalam rancangan tersebut. Banyak persoalan tentang filem dan kareer lakonan kedua-dua artis ini telah ditanya. WHI telah diberikan sinopsis tentang filem ini yang bakal meletup di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 19hb Januari 2012. Paparan dalam WHI hari ini bakal mempromosikan filem ini ke seluruh Malaysia sebelum pembukaan hari pertama dalam 2 hari sahaja lagi.
Terbaru, filem ke-32, Prof.Madya Razak Mohaideen Bujang Terlajak yang menampilkan tiga pelakon komedi popular, Saiful Apek, Nabil Ahmad dan Johan Raja Lawak. Turut ditampilkan, Fazura Ahmad, Susan Menon serta pelakon filem Ratu sebagai pendedahan buat mereka. Ini adalah filem ke-13 terbitan LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd. Kata Razak, dia suka mencuba gabungan baru agar filemnya ada kelainan. Akuinya, Saiful Apek selalu bekerja dengannya begitu juga Nabil manakala Johan pernah bekerjasama menerusi filem Raya Tak Jadi yang akan menemui peminat tahun depan. "Cuma, Fazura dan Susan Menon saja baru pertama kali berlakon di bawah arahan saya. Komedi yang ditampilkan mudah dan menampilkan babak melucukan dan situasi pecah perut buat penonton.
Sungguhpun begitu, pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin ini masih belum puas dengan bidang seni lakonan dan peragaan yang telah diceburinya itu.SEPANJANG lapan tahun bergelar pelakon, Fazura telah berlakon dalam lebih 10 buah filem. Itu tidak termasuk drama dan telemovie serta teater.
Malah, selain berlakon, aktres berusia 29 tahun ini juga merupakan model iklan di majalah dan televisyen sejak hampir 10 tahun yang lalu.Jelas anak ketiga daripada empat beradik itu, buat masa ini, dia belum terfikir untuk berhenti daripada menceburibidang lakonan.
Menurut pelakon jelita ini, dia akan meneruskan kerjaya itu sehinggalah sampai ke suatu tempoh waktu yang akan ditetapkan.Namun, Fazura membayangkan bahawa dia kemungkinan besar akan melupakan bidang yang diminatinya itu apabila berstatus seorang isteri dan ibu suatu hari nanti."Kalau saya sudah berkahwin, saya tidak mahu berlakon lagi.
Cuma bila saya akan kahwin, saya tidak tahu. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Mungkin esok atau lusa jodoh saya datang, siapa tahu? Saya juga tidak ada tempoh waktu untuk terus berlakon. Buat masa inii, saya akan meneruskan kerjaya saya seperti biasa," katanya sewaktu ditemui selepas pratonton filem terbaru lakonannya berjudul Bujang Terlajak Belum Terlanjur arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen di sebuah pawagam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment