Monday, 9 January 2012

Filem Bujang Terlajak - Nasihat Terbaik Mencari Jodoh !

Sepertimana ceramah Ustaz Aslin Bahrin maka begitu jugalah mesej yang terkandung dalam filem Bujang Terlajak yang bakal ditayangkan pada 19 hb Januari 2012.


Disebalik tayangan Bujang Terlajak pada 19 Januari 2012 sebenarnya terselit pelbagai mesej-mesej berkenaan soal mencari jodoh. Mencari jodoh adalah satu usaha yang perlukan daya usaha serta nasihat baik sebagai panduan. Waimma dalam agama Islam sekalipun memberi nasihat bagaimana jodoh yang patut kita cari. Wanita jenis manakah yang perlu kita cari ? Di belakang tabir filem Bujang Terlajak tersemat mesej bagaimana mencari jodoh yang baik.


Segala ketentuan dan ketetapan Allah Ta'ala senantiasa mengatasi kemahuan makhluk ciptaannya. Begitulah prinsip hidup yang perlu kita ketahui. Segala apa yang kita usahakan, mestilah kita sandarkan pada perasaan rasa redha dengan takdir ketentuan-Nya. Begitu juga bila kita memikirkan persoalan jodoh kita.


Firman Allah Ta'ala:
 “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”


Setiap apa yang ditakdirkan, pasti di rencanakan dengan begitu sempurna oleh Allah Ta'ala. Cuma kadangkala kita sebagai hamba tidak dapat menerima dengan sebaik-baiknya. Memang ada benarnya, bila ada mereka yang memperkatakan perasaan cinta, kasih dan sayang merupakan fitrah kurniaan Allah Ta'ala buat kita. Tapi harus beringat, dalam menentukan soal perasaan, bukan mata di jadikan rujukan, hati buat sebagai pedoman. Kita hanya manusia biasa. Yang tidak pernah tersilap dalam membuat percaturan.

Jangan jadikan mata sebagai rujukan, Kata hati sebagai pedoman. Kerana Mata dan Hati tidak semestinya menjadi hakim dan juri dalam membuat keputusan hidup.

No comments:

Post a Comment