Sila saksikan Bujang Terlajak dalam rancangan Melodi. Ketika berlangsungnya Press Conference Bujang Terlajak di The Gardens, Mid Valley pada 10hb Januari 2012, Selasa, wartawan Melodi, Izza dan Josephine telah meluangkan masa untuk menghadiri PC tersebut. Pihak penerbit Bujang Terlajak, amat berbesar hati menerima kehadiran wartawan Melodi dan semua wartawan-wartawan lain yang telah dijemput khas bagi menghadiri sidang media ini.
Sambutan para wartawan kepada pra-tonton filem Bujang Terlajak sangatlah memberangsangkan hingga tidak kering gusi para wartawan ketawa geli-geli hati sambil menikmati hiburan santai filem komedi ini yang bakal menemui para peminat pada 19hb Januari 2012 di 72 pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Tayangan serentak juga akan berlangsung di Singapura dan Brunei.
Kesemua pelakon utama filem ini menghadiri Press Conferance filem ini termasuk Johan, Nabil, Saiful Apek, Ebby Yus, Fazura dan pelakon yang membawa watak Jibab-(Shaheed Salim) yang juga merupakan penulis skrip filem tersebut.
Kesemua pelakon utama filem ini menghadiri Press Conferance filem ini termasuk Johan, Nabil, Saiful Apek, Ebby Yus, Fazura dan pelakon yang membawa watak Jibab-(Shaheed Salim) yang juga merupakan penulis skrip filem tersebut.
Buat peminat pelakon terkenal, Fazura pastinya berita ini satu yang mengejutkan. Memang benar, filem “Bujang Telajak” akan menjadi buah tangan pertama dan terakhirnya untuk tahun 2012. Pelakon yang cukup popular menerusi filem Gol & Gincu itu berkata dia tidak hanya menolak tawaran berlakon filem, sebaliknya turut melakukan perkara yang sama terhadap bidang lain termasuk pengacaraan.
Bujang Terlajak
Bakal Kutip RM 13juta
Insya Allah
Dengan sokongan seluruh rakyat Malaysia
No comments:
Post a Comment