Friday, 13 January 2012

Filem Bujang Terlajak - Bawa Kesan Positif.....!


Pastikan anda serikan cuti-cuti Raya Cina anda dengan menonton Filem - Bujang Terlajak pada 19hb Januari 2012. Tiket-tiket dijangka habis dalam minggu yang pertama release filem ini. Datanglah awal ke pawagam-pawagam seluruh tanah air. Filem ini akan ditayangkan di 72 pawagam seluruh tanah air termasuk Brunei dan Singapura. Sila saksikan aksi video dibawah ini. Beginilah kesan kepada anda kelak apabila menyaksikan Bujang Terlajak kerana aksi komedi yang spontan dan bersahaja sepertimana yang terdapat dalam video dibawah ini.


Pada 10hb Januari 2012, Selasa, jam 7 hingga 10 malam telah berlangsung PC untuk Filem - Bujang Terlajak. Selepas daripada itu para pemberita dan journalist telah disajikan dengan pra-tonton filem Bujang Terlajak. Selepas tontonan tersebut seorang pemberita telah memberikan komen bahawa Filem - Bujang Terlajak mengandungi unsur komedi ringan dimana penonton tidak dipaksa untuk ketawa. 

Semua lakonan para pelakon tidak ada unsur-unsur over-acting dan blending para pelakon cukup mantap untuk menghasilkan sebuah komedi ringan yang membawa kesan positif. Lawak jenaka original. Susun cerita yang asli serta komedi yang membuat anda ketawa sambil terhibur. Datanglah dan sokong industri filem tempatan sebagaimana peminat-peminat telah lakukan kepada Ombak Rindu. Sokongan anda akan pasti meningkatkan lagi pengeluaran filem-filem tempatan dan mengembalikan kegemilangan industri filem tempatan. Jadilah warga Malaysia sejati dan sokonglah filem-filem tempatan.

Datanglah beramai-ramai dan saksikan - 
Bujang Terlajak 
di pawagam terdekat dengan anda.

19hb Januari 2012

No comments:

Post a Comment