Monday, 13 February 2012

Bujang Terlajak kini di Rumah Anda - ASTRO FIRST

Februari 2012


Selepas tayangan memberangsangkan Bujang Terlajak Belum Terlanjur di pawagam seluruh tanah-air, bermula pada Februari 2012, Bujang Terlajak meletup di ASTRO FIRST. Sila pastikan anda dapat menonton Bujang Terlajak Belum Terlanjur di ASTRO FIRST. Sambutan di pawagam sangatlah menggalakkan dan rata-rata penonton terhibur dengan komedi santai yang dipaparkan. Berikutan kejayaan di pawagam maka Produser Bujang Terlajak telah membuat perancangan bagi membolehkan Bujang Terlajak ditonton melalui saluran ASTRO FIRST.

http://www.astro.com.my/astrofirst/indices/index_1389.html

Sinopsis Bujang Terlajak di ASTRO FIRST ;

Tiga rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri. Mereka mendapat tahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri.

  • Showing Time14 Feb 3:00 pm ( 90 minutes )
  • TV Guide
Classification
Universal
Genre
Movie, Drama
Sub Genre
COMEDY
Running Time
90 minutes



Tuesday, 24 January 2012

Bujang Telajak - Kutipan melewati RM 1.5juta dalam 4 hari pertama !


Dah kutip melebihi 
RM 1.5juta dalam 4 hari sahaja !

Filem Bujang Telajak telah berjaya mengutip RM 1.5juta hanya dalam 4 hari tayangan. Walaupun 2 hari pertama adalah hari kerja tetapi Bujang Telajak masih mampu menarik penonton ke pawagam. Kejayaan ini terletak kepada kekuatan filem komedi tersebut yang rata-rata telah menghiburkan semua golongan masyarakat yang datang menonton filem. Sekarang ini sambutan terhadap filem komedi ini menjadi lebih hangat apabila para penonton sendiri menyebarkan tentang lawak bersahaja filem ini yang sangat menghiburkan. Penerbit filem ini berasa bahawa Bujang Telajak akan dapat menarik penonton hingga ke akhir tayangan dan sokongan akan berlanjutan hingga ke Astro.

Datanglah beramai-ramai ke pawagam-pawagam seluruh Malaysia.
Bujang Terlajak bakal meletup lagi di pawagam seluruh Malaysia. 

Saturday, 21 January 2012

Bujang Telajak Belum Terlanjur - Kutipan Hangat 3 hari Pertama


Panggung-panggung seluruh Malaysia telah dikunjungi para peminat filem ini yang telah menunjukkan kutipan 3 hari yang sangat memberangsangkan. Lebih memberangsangkan apabila rata-rata para peminat mengatakan filem ini telah menetapi ciatarasa mereka sebagai filem komedi yang sangat menghiburkan.

Walaupun rata-rata orang ramai sibuk dengan urusan namun para peminat yang menunggu-nunggu tayangan filem ini ternyata telah membanjiri semua pawagam-pawagam di seluruh Malaysia.




Penonton yang hadir menonton pula tidak kira usia sama-ada tua atau muda, rata-rata telah menggunakan kesempatan ini untuk berhibur sambil bercuti sempenan Raya Cina. Pihak kami sempat berwawancara dengan petugas GSC, Cik Mawarni di Sunway Carnival, Butterworth dan beliau mengatakan bahawa hari pertama, kedua dan ketiga memang mendapat sambutan walaupun Khamis dan Jumaat adalah hari berkerja. Sambutan yang sama kepada Journey2 filem antarabangsa telah diberikan kepada Bujang Telajak. Menurut produser Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd, En Latiff Mohaideen, beliau sangat positif terhadap sambutan luar jangkaan yang diberikan kepada Filem Bujang Telajak. Beliau akan membuat pengumuman Box Office, esok atau hari Isnin ini setelah mendapat jumlah kehadiran yang sebenar daripada pengusaha panggung dan pihak GSC.

Berikut adalah komen penonton 1Malaysia ;

Pak Ali
Sempoi !
Jitra, Kedah


Kak Chah
Saya suka Apek..
itu solo-solo
Alor Setar, Kedah

Marni
Nabil, lawak dgn dialog
dari kartun Jepun
Tanjung, Penang

Adik Anis
Suke sangat
Ipoh, Perak

Man Aziz
Johan....jadi Waheeda
Best..
Klang, Selangor

Mohd Anwar
Lakonan mantap ! Lawak
Melaka

Abang Abdul
Cerita best..ringan
lawak santai
Negri Sembilan

Kak Shimah
Seronok sangat...lawak bestlah
Tun Aminah, Johor Bahru

.......

Datanglah beramai-ramai. Sokonglah industri filem tempatan.
Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Gempar di Pawagam Seluruh Malaysia


Wednesday, 18 January 2012

Blog Bujang Terlajak - Meletup 7 hari yang lepas !

Graf di atas menunjukkan sambutan yang sangat memberangsangkan untuk blog Bujang Terlajak bagi 7 hari yang lalu. Rata-rata sambutan selepas daripada Press Conferance Bujang Terlajak, visits dan pageviews ke blog Bujang Terlajak melonjak naik. 

Penerbit filem Bujang Terlajak telah menyedari bahawa promosi melalui media alternatif adalah satu saluran yang mampu mempromosikan filem ini bagi membantu promosi melalui media utama yang sedang giat dijalankan. Digital Marketing bagi Bujang Terlajak akan dijadikan kayu pengukur bagi mengenalpasti keberkesanan media alternatif. Bloggers-bloggers juga telah diberi pendedahan istimewa filem ini agar sama-sama dapat membantu mempromosikan filem ini ke alam cyber.

Selain blogspot, Bujang Terlajak juga telah dipromosikan melalui SMS, Tweeter dan Facebook.

Datanglah beramai-ramai. Sokonglah industri filem tempatan.
Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Gempar di Pawagam Seluruh Malaysia
Hari Ini !

Bujang Terlajak - Meletup di Pawagam Hari Ini !




Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Kejadian yang tak dapat diagak bagaimana kesudahannya. Permintaan peminat-peminat yang bakal ditunaikan. 19hb Januari 2012. Tayangan pertama. 11.00pagi. Dengan iringan doa serta harapan kepada seluruh rakyat Malaysia agar keluarlah beramai-ramai dan memberi sokongan kepada tayangan filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur.

Saksikanlah !

Peringatan daripada penerbit Bujang Terlajak Belum Terlanjur...



Quran - Surah Al-Isra (17:70). Kami memuliakan Bani Adam dan membawa mereka di darat dan laut, dan merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan melebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.

Quran - Surah Saba (34:39). Katakanlah, "Pemeliharaku menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; dan apa sahaja benda yang kamu menafkahkan, Dia akan menggantinya. Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."

Quran - Surah Fatir (35:3). Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling?

Insya Allah

Monday, 16 January 2012

Bujang Terlajak - Dalam Laporan Media Januari 2012 !


Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Meletup di Pawagam 
19hb Januari 2012.

Bujang Terlajak Belum Terlanjur - Mantap !



Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur telah mendapat promosi dalam rancangan TV3 Malaysia Hari Ini edisi 17hb Januari 2012 , jam 12.30tgh. Nabil dan Fazura telah tampil ditemubual dalam rancangan tersebut. Banyak persoalan tentang filem dan kareer lakonan kedua-dua artis ini telah ditanya. WHI telah diberikan sinopsis tentang filem ini yang bakal meletup di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 19hb Januari 2012. Paparan dalam WHI hari ini bakal mempromosikan filem ini ke seluruh Malaysia sebelum pembukaan hari pertama dalam 2 hari sahaja lagi. 



Terbaru, filem ke-32, Prof.Madya Razak Mohaideen Bujang Terlajak yang menampilkan tiga pelakon komedi popular, Saiful Apek, Nabil Ahmad dan Johan Raja Lawak. Turut ditampilkan, Fazura Ahmad, Susan Menon serta pelakon filem Ratu sebagai pendedahan buat mereka. Ini adalah filem ke-13 terbitan LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd. Kata Razak, dia suka mencuba gabungan baru agar filemnya ada kelainan. Akuinya, Saiful Apek selalu bekerja dengannya begitu juga Nabil manakala Johan pernah bekerjasama menerusi filem Raya Tak Jadi yang akan menemui peminat tahun depan. "Cuma, Fazura dan Susan Menon saja baru pertama kali berlakon di bawah arahan saya. Komedi yang ditampilkan mudah dan menampilkan babak melucukan dan situasi pecah perut buat penonton.




Sungguhpun begitu, pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin ini masih belum puas dengan bidang seni lakonan dan peragaan yang telah diceburinya itu.SEPANJANG lapan tahun bergelar pelakon, Fazura telah berlakon dalam lebih 10 buah filem. Itu tidak termasuk drama dan telemovie serta teater. 

Malah, selain berlakon, aktres berusia 29 tahun ini juga merupakan model iklan di majalah dan televisyen sejak hampir 10 tahun yang lalu.Jelas anak ketiga daripada empat beradik itu, buat masa ini, dia belum terfikir untuk berhenti daripada menceburibidang lakonan.

Menurut pelakon jelita ini, dia akan meneruskan kerjaya itu sehinggalah sampai ke suatu tempoh waktu yang akan ditetapkan.Namun, Fazura membayangkan bahawa dia kemungkinan besar akan melupakan bidang yang diminatinya itu apabila berstatus seorang isteri dan ibu suatu hari nanti."Kalau saya sudah berkahwin, saya tidak mahu berlakon lagi. 

Cuma bila saya akan kahwin, saya tidak tahu. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Mungkin esok atau lusa jodoh saya datang, siapa tahu? Saya juga tidak ada tempoh waktu untuk terus berlakon. Buat masa inii, saya akan meneruskan kerjaya saya seperti biasa," katanya sewaktu ditemui selepas pratonton filem terbaru lakonannya berjudul Bujang Terlajak Belum Terlanjur arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen di sebuah pawagam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Bujang Terlajak - Gempar dalam laporan Harian Metro !






Laporan Harian Metro
Muka - B19
Ahad 15 Januari 2012
Ulasan - Rudy Imran Shamsudin




Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur mendapat ulasan yang sangat menarik dalam suratkhabar Harian Metro, Ahad lalu....Antara lain laporan tersebut mengatakan, "keserasian dan jalan cerita menarik menjadi tunjang kekuatan filem arahan Prof.Madya a Razak Mohaideen yang akan menjengah di pawagam seluruh tanahair pada 19hb Januari 2012. Keserasian ketiga-tiga aktor (Nabil, Johan dan Saiful) ini juga jelas terserlah apabila lawak dilakukan mereka  seimbang dan tidak cuba menyaingi satu sama lain. Selain itu, lakonan mantap dan bersahaja daripada Fazura turut mengimbangi humor dipersembahkan tiga pelakon berpengalaman ini. Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin ini juga berjaya menimbulkan mood drama yang diperlukan. Jalan cerita Bujang Terlajak berbeza dan dianggap kreatif membolehkan penonton menghayatinya hingga akhir.

Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Meletup di Pawagam 
19hb Januari 2012.



Saturday, 14 January 2012

Bujang Terlajak - Meletup di Melodi ! Ahad 15 Januari 2012......

Ahad. 15hb Januari 2012. Jam 12.00 tgh di Melodi !

Sila saksikan Bujang Terlajak dalam rancangan Melodi. Ketika berlangsungnya Press Conference Bujang Terlajak di The Gardens, Mid Valley pada 10hb Januari 2012, Selasa, wartawan Melodi, Izza dan Josephine telah meluangkan masa untuk menghadiri PC tersebut. Pihak penerbit Bujang Terlajak, amat berbesar hati menerima kehadiran wartawan Melodi dan semua wartawan-wartawan lain yang telah dijemput khas bagi menghadiri sidang media ini.

Sambutan para wartawan kepada pra-tonton filem Bujang Terlajak sangatlah memberangsangkan hingga tidak kering gusi para wartawan ketawa geli-geli hati sambil menikmati hiburan santai filem komedi ini yang bakal menemui para peminat pada 19hb Januari 2012 di 72 pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Tayangan serentak juga akan berlangsung di Singapura dan Brunei.


Kesemua pelakon utama filem ini menghadiri Press Conferance filem ini termasuk Johan, Nabil, Saiful Apek, Ebby Yus, Fazura dan pelakon yang membawa watak Jibab-(Shaheed Salim) yang juga merupakan penulis skrip filem tersebut.

Buat peminat pelakon terkenal, Fazura pastinya berita ini satu yang mengejutkan. Memang benar, filem “Bujang Telajak” akan menjadi buah tangan pertama dan terakhirnya untuk tahun 2012. Pelakon yang cukup popular menerusi filem Gol & Gincu itu berkata dia tidak hanya menolak tawaran berlakon filem, sebaliknya turut melakukan perkara yang sama terhadap bidang lain termasuk pengacaraan.

Adakah kenyataan di atas benar atau tidak ? Saksikan Melodi - 15hb Januari 2012, Ahad, 12.00 tgh. Zazzzz....tungguuuuuuuuu! Kasi roll sama dia.....

Bujang Terlajak
Bakal Kutip RM 13juta
Insya Allah
Dengan sokongan seluruh rakyat Malaysia

Friday, 13 January 2012

Filem Bujang Terlajak - Bawa Kesan Positif.....!


Pastikan anda serikan cuti-cuti Raya Cina anda dengan menonton Filem - Bujang Terlajak pada 19hb Januari 2012. Tiket-tiket dijangka habis dalam minggu yang pertama release filem ini. Datanglah awal ke pawagam-pawagam seluruh tanah air. Filem ini akan ditayangkan di 72 pawagam seluruh tanah air termasuk Brunei dan Singapura. Sila saksikan aksi video dibawah ini. Beginilah kesan kepada anda kelak apabila menyaksikan Bujang Terlajak kerana aksi komedi yang spontan dan bersahaja sepertimana yang terdapat dalam video dibawah ini.


Pada 10hb Januari 2012, Selasa, jam 7 hingga 10 malam telah berlangsung PC untuk Filem - Bujang Terlajak. Selepas daripada itu para pemberita dan journalist telah disajikan dengan pra-tonton filem Bujang Terlajak. Selepas tontonan tersebut seorang pemberita telah memberikan komen bahawa Filem - Bujang Terlajak mengandungi unsur komedi ringan dimana penonton tidak dipaksa untuk ketawa. 

Semua lakonan para pelakon tidak ada unsur-unsur over-acting dan blending para pelakon cukup mantap untuk menghasilkan sebuah komedi ringan yang membawa kesan positif. Lawak jenaka original. Susun cerita yang asli serta komedi yang membuat anda ketawa sambil terhibur. Datanglah dan sokong industri filem tempatan sebagaimana peminat-peminat telah lakukan kepada Ombak Rindu. Sokongan anda akan pasti meningkatkan lagi pengeluaran filem-filem tempatan dan mengembalikan kegemilangan industri filem tempatan. Jadilah warga Malaysia sejati dan sokonglah filem-filem tempatan.

Datanglah beramai-ramai dan saksikan - 
Bujang Terlajak 
di pawagam terdekat dengan anda.

19hb Januari 2012

Tuesday, 10 January 2012

Filem Bujang Terlajak - Sokong Khan Academy


Selain daripada promosi filem dan hiburan, mesej utama Bujang Terlajak adalah dengan mempromosi pendidikan global. Tidak kira latarbelakang, bangsa, umur, jantina atau apa sahaja klasifikasi, kita semua sepatutnya diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

Sempenan tayangan filem Bujang Terlajak pada 19hb Januari 2012, pihak pengurusan mengambil peluang ini untuk menyokong dan promosi Khan Academy.

Khan Academy adalah organisasi pendidikan maya yang didirikan oleh Salman Khan, seorang Amerika kelahiran Bangladesh, lulusan MBA dari Harvard Business School . Misi akademi ini adalah “menyediakan pendidikan berkualiti tinggi kepada siapapun, di manapun”. Akademi ini memiliki koleksi lebih dari 2000 video pembelajaran yang boleh dimuat-turun oleh siapapun di seluruh dunia via internet.  Bidang yang ditawarkan meliputi matematik, sejarah, keuangan, fizik, kimia, biologi, astronomi, dan ekonomi. Akademi ini bermula pada akhir 2004, saat Khan mulai memberikan pelajaran Matematik kepada sepupunya Nadia menggunakan  notepad dari Yahoo. 



Ketika saudara lain dan teman Nadia menyambut tutorial ini dengan baik, Khan  merasa bahwa tutorial ini akan lebih praktis jika disalurkan via YouTube. Populariti  tutorial ini terus meningkat dan diminati oleh para siswa. Agar lebih fokus pada akademinya ini, akhirnya Khan memutuskan berhenti dari pekerjaannya di bidang kewangan pada tahun 2009. Sebuah keputusan yang sulit difahami oleh rakan dan keluarganya. Kemudian Khan memulakan Khan akademi dan menyalurkan semua bentuk pelajaran kedalam sebuah website menggunakan video Youtube untuk tutorial.






Layari link ini ;



Watch. Practice.

Learn almost anything for free.

With a library of over 2,700 videos covering everything from arithmetic to physics, finance, and history and 268 practice exerciseswe're on a mission to help you learn what you want, when you want, at your own pace.


   

How it works for students

Students can make use of our extensive video library, practice exercises, and assessments from any computer with access to the web.
  1. Complete custom self-paced learning tool
  2. A dynamic system for getting help
  3. A custom profile, points, and badges to measure progress


Coaches, parents, and teachers

Coaches, parents, and teachers have unprecedented visibility into what their students are learning and doing on the Khan Academy.
  1. Ability to see any student in detail
  2. A real-time class report for all students
  3. Better intelligence for doing targeted interventions



Filem Bujang Terlajak - 
Sokong Khan Academy

Januari 19, 2012
di pawagam....

courtesy - @nanthakumar23

Monday, 9 January 2012

Filem Bujang Terlajak - Nasihat Terbaik Mencari Jodoh !

Sepertimana ceramah Ustaz Aslin Bahrin maka begitu jugalah mesej yang terkandung dalam filem Bujang Terlajak yang bakal ditayangkan pada 19 hb Januari 2012.


Disebalik tayangan Bujang Terlajak pada 19 Januari 2012 sebenarnya terselit pelbagai mesej-mesej berkenaan soal mencari jodoh. Mencari jodoh adalah satu usaha yang perlukan daya usaha serta nasihat baik sebagai panduan. Waimma dalam agama Islam sekalipun memberi nasihat bagaimana jodoh yang patut kita cari. Wanita jenis manakah yang perlu kita cari ? Di belakang tabir filem Bujang Terlajak tersemat mesej bagaimana mencari jodoh yang baik.


Segala ketentuan dan ketetapan Allah Ta'ala senantiasa mengatasi kemahuan makhluk ciptaannya. Begitulah prinsip hidup yang perlu kita ketahui. Segala apa yang kita usahakan, mestilah kita sandarkan pada perasaan rasa redha dengan takdir ketentuan-Nya. Begitu juga bila kita memikirkan persoalan jodoh kita.


Firman Allah Ta'ala:
 “Dan di antara tanda-tanda kekuasaaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”


Setiap apa yang ditakdirkan, pasti di rencanakan dengan begitu sempurna oleh Allah Ta'ala. Cuma kadangkala kita sebagai hamba tidak dapat menerima dengan sebaik-baiknya. Memang ada benarnya, bila ada mereka yang memperkatakan perasaan cinta, kasih dan sayang merupakan fitrah kurniaan Allah Ta'ala buat kita. Tapi harus beringat, dalam menentukan soal perasaan, bukan mata di jadikan rujukan, hati buat sebagai pedoman. Kita hanya manusia biasa. Yang tidak pernah tersilap dalam membuat percaturan.

Jangan jadikan mata sebagai rujukan, Kata hati sebagai pedoman. Kerana Mata dan Hati tidak semestinya menjadi hakim dan juri dalam membuat keputusan hidup.

Bujang Terlajak - Pawagam-Pawagam Seluruh Malaysia Sesak...

Untuk pengetahuan semua, pratonton filem BUJANG TELAJAK akan diadakan di TWINTECH(Bandar Sri Damansara) pada hari Rabu, 11 Januari 2012 bermula jam 2.30 petang. 


Watak Jibab - Shaheed Salim / sila layari blogspot beliau - http://shaheedsalim.blogspot.com/


Januari 19 - 2012

Penantian yang ditunggu-tunggu...Bujang Terlajak yang telah mendapat sambutan luar dugaan melalui Facebook, Twitter, Blogspot, Tag dan Youtube bakal menggamatkan pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Filem ini memaparkan komedi bersahaja oleh 3 Malaharaja yang memang Maharaja Lawak. Johan, Saiful dan Apek. Kombinasi ketiga-tiga pelawak ini bakal membuat anda tidak kering gusi.

Saksikan bagaimana Apek menjadi perempuan India yang bekerja mengambil banci penduduk. Johan bertukar menjadi Waheeda. dan Nabil bercakap seperti alih suara Dora dalam animasi Jepun - Doremon. Kelakar giler !

Kepada sahabat-sahabat yang nak release tension, JOM gi tengok Bujang Terlajak Belum Terlanjur....19 Januari 2012.



Beginilah keadaan bila Bujang Terlajak ditayangkan
pada 19hb Januari 2012.

Filem ni bakal jadi box office dan dijangka kutip lebih dari RM 13 juta !...


tapi silap...
insya Allah..
pasti dapat mengutip RM 13 juta
dengan sokongan anda.

Sunday, 8 January 2012

Bujang Terlajak - Peminat Desak Buat Tayangan Awal


Johan Maharajalawak bakal gegar dalam Bujang Terlajak !

Ada peminat-peminat filem Bujang Terlajak yang bakal ditayangkan pada 19 Januari 2012 meminta agar tayangan tersebut di buat pada 9 Januari 2012. Penerbit filem ini tidak dapat memenuhi permintaan tersebut kerana tarikh tayangan telah pun ditetapkan pada 19 Januari 2012.

Bujang Terlajak telah mendapat sambutan luar jangkaan kerana populariti Fazura, Johan, Nabil , Saiful Apek dan Mustapha Kamal. Malahan upload Youtube Johan pula telah menjadi viral di alam cyber baru-baru ini.


Bujang Terlajak telah mendapatkan sambutan luarbiasa semasa di tayangkan di beberapa IPTS tempatan. Pelajar-pelajar uni sangat-sangat terhibur dengan filem komedi ini dengan jalan cerita yang bersahaja dan lawak spontan maharaja-maharaja lawak tersohor.

Saksikan Bujang Terlajak bakal gegarkan pawagam pada 




19hb Januari 2012

Tiket-tiket gerenti habis....!!!

Friday, 6 January 2012

Perhimpunan 1901 - Bujang Terlajak Di Pawagam !


BUJANG TERLAJAK MELETUP DI PAWAGAM 19 JANUARI 2012 (1901)



Pada 19 Januari 2012, datanglah beramai-ramai dan pakai baju warna biru dan berhimpunlah di pawagam-pawagam seluruh Malaysia bagi menonton Bujang Terlajak. Perhimpunan anda di semua pawagam-pawagam seluruh Malaysia adalah sebagai simbolik bahawa anda menyokong kebebasan bersuara dan kebebasan menerima idea-idea daripada dunia luar.

Beginilah sesaknya !
Datanglah beramai-ramai dan berhimpunlah sambil menghiburkan diri anda. Pada hari itu ada kejutan istimewa yang pasti membuat anda teruja. Di bawah beberapa bangku di pawagam-pawagam seluruh Malaysia yang menayangkan filem Bujang Terlajak ada hadiah-hadiah misteri menanti anda sebagai pemegang tiket bertuah. Anda akan dimaklumkan apakah hadiah-hadiah misteri tersebut.

Datanglah awal pada 19hb Januari 2012 kerana tiket dijangka habis pada 7 hari yang pertama berdasarkan sambutan luar dugaan kepada trailer serta You Tube downloads Bujang Terlajak. Jangan terlepas peluang memenangi hadiah misteri dan berhimpunlah dengan baju biru sambil menonton Bujang Terlajak sebagai simbol anda menyokong kebebasan bersuara dan kebebasan menerima idea daripada luar.

Inilah keadaan pawagam ketika Bujang Terlajak
bermula pada 19hb Januari 2012
Datanglah beramai-ramai ke seluruh pawagam-pawagam di seluruh Malaysia dan saksikan Bujang Terlajak.

Tuesday, 3 January 2012

19hb Januari 2012 - Tiket Bujang Terlajak Pasti Habis !


Filem komedi paling kelakar 2012 bakal menemui anda 19hb Januari 2012 ini. Tiket-tiket dijangka habis pada hari pertama hingga ke hujung minggu berikutnya. Datang awal ke pawagam untuk mendapatkan tiket-tiket anda. Filem ini meletup di alam cyber dengan lebih daripada 1million hit spots untuk total cyber world alternative media.

Sambutan luar dugaan dari pelajar-pelajar UiTM, UPSI, USM dan Unisel telah menjadikan filem ini sekarang hangat diperkatakan kerana lawak yang original. Sambutan kepada JOHAN, APEK dan NABIL melepasi jangkaan awal.

Filem ini bakal mengutip RM 13 juta melebihi OMBAK RINDU !