Tuesday 6 December 2011

Prof.Madya Razak Mohaideen - Gaya Penceritaan Unik untuk Bujang Terlajak




Bagi filem terbaru arahan Prof.Madya Razak Mohaideen, gaya penceritaan-nya kali ini unik. Filem bermula dengan gaya sentuhan seperti cerita ala Stephen King dan dari situ, build up dibuat hingga klimaks dan diakhiri dengan sentuhan sentimental.

Filem ini mempunyai ciri-ciri komedi yang sarat dengan mesej-mesej kemanusiaan. Menghormati OKU. Prof.Razak telah berjaya membawa suatu kisah yang meletakkan martabat OKU ke satu tahap yang harus dihormati masyarakat dengan menjadikannya sebagai subjek utama filem terbaru ini.



Fime ini bakal memberi saingan kepada Hantu Mak Limah Pulang Ke Kampung kerana ciri-ciri komedi bersahaja yang dipaparkan dan tidak terikat dengan skrip. Lakonan Nabil, Apek dan Johan menjadi begitu bersahaja dan komedi spontan dapat disaksikan di keseluruhan filem ini.

Sambutan di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim yang ditayangkan di penghujung November 2011 lalu menunjukkan bahwa filem ini bakal mendapat sambutan hangat di pawagam-pawagam seluruh tanah air.



KETAWA SAMPAI NAK NANGIS !
Pelatih UPSI, selepas menonton filem ini...


3 comments:

  1. sambutan kat UPSI hari tu mmg gempak laa...penoh dewan...Bujang Telajak mmg best!!!!...

    ReplyDelete
  2. Mintak-mintak sampai ke Kg Batu Gajah ni..kalau idak...aku ke IPOH dengan rombongan JKKK tengok filem nih.....best nih...

    ReplyDelete
  3. Klip dia orang ni pun dah best..apatah lagi filemnya....Syabas Prof Razak...Kami pengikut setia dari Batang Kali.....

    ReplyDelete