Friday 9 December 2011

Lawak Johan - Gempar dalam Bujang Terlajak



Johan sebagai David Teoh


Johan bakal membuat anda gelak bagai nak rak dalam filem terbarunya - Bujang Terlajak Belum Terlanjur. Pull factor Johan akan menyebabkan para peminatnya berduyun-duyun datang ke pawagam. Johan memang mempunyai bakat lawak yang original dan bersahaja. Apabila Prof.Razak benarkan Johan berlakon tanpa terikat kepada skrip maka apa yang berlaku adalah Johan telah berjaya membawa wataknya dalam Bujang Terlajak dengan baik. Watak sebagai Waheeda dalam Bujang Terlajak benar-benar menggelikan hati apatah lagi dengan celoteh Johan yang memang pakar membuat "impersonation". 

Johan juga begitu menghayati wataknya yang jatuh hati kepada Fazura hinggakan terbawa-bawa ke luar set. Johan telah jatuh hati kepada Fazura walaupun di luar set. Seluruh set gamat dengan lawak-lawak Johan yang spontan. Memang Johan mempunyai peminat yang ramai dan lakonan-nya dalam Bujang Terlajak Belum Terlanjur memang tidak akan menghampakan.

Dengan Johan , Nabil dan Apek, Filem Bujang terlajak bakal mendapat kutipan tertinggi apabila menemui penonton-penonton pada 19hb Januari 2012.



Johan Maharaja Lawak
Gegarkan Filem Bujang Terlajak
Kutipan Box Office !!! 
Sempena Raya Cina 2012 

2 comments:

  1. Filem ini bakal memberi saingan sengit tahun 2012...Dengan poplariti Johan.....kutipan mungkin melebihi RM 8 juta.....inilah yang berlaku kepada Hantu Mak Limah...potensi yang sama ada pada Bujang Terlajak....

    ReplyDelete
  2. babak Johan dalam Cerita ni sumenye lawak..bertubi-tubi lawak dia bagi...jgn ade yang penat gelak sepanjang cerita ini yek...
    Walaupon tengok 3x korang pasti akan tergelak jugak...seperti mana korang tonton kali pertama...

    ReplyDelete