Friday 9 December 2011

Nabil - Lakonan Meletup Dalam Filem - Bujang Terlajak !


Nabil bakal meletup dalam Bujang Terlajak !


Setiap artis yang berlakon terutama artis baru akan mendapat peluang melonjak-kan populariti mereka jika dalam salah satu filem lakonan mereka penonton memberikan sambutan hangat. Kepada Johan, lakonan dan kejayaan Filem - Hantu Mak Limah telah melonjak-kan namanya.

Bagi Nabil pula, lakonan-lakonan dalam beberapa filem yang lalu ada yang mengundang kontroversi secara tidak sengaja. Tetapi dalam dua preview untuk Filem - Bujang Terlajak Belum Terlanjur, penonton memberikan sambutan yang luarbiasa kepada Nabil. Apabila Prof.Razak memberi kelonggaran kepada Nabil, maka nampak sangat Nabil beriya-iya memantapkan lakonan semata-mata untuk menyaingi Johan dan Apek. 

Banyak idea-idea komidi yang Nabil cuba agar quality lawaknya meningkat seiring dengan Johan dan Apek. Breakthrough untuk Nabil terserlah apabila ajuk suara animasi kartun Jepun benar-benar menyerlahkan lakonan Nabil. Penonton ketawa geli-geli hati semasa preview UPSI dan UITM melihat gelagak Nabil. Inilah lakonan terbaik Nabil sepanjang kareernya dalam dunia perfileman.

Nabil - Lakonan Meletup 
Dalam Filem
Bujang Terlajak Belum Terlanjur !

Mantap Beb !

3 comments:

  1. Beruk di hutan pun akan gelak tengok gelagat Nabil dalam Bujang Terlajak...Kelakar giler...Aku tengok kat UITM...dulu memang aku menyampah kat Nabil dengan tak habis habis Lu pikirlah sendiri...tapi dalam Bujang Terlajak...wow Nabil...memang boleh berlakun..suka sangat suara animasi Jepun..tu..kelakarlah...Sayang Lu Nabil..

    ReplyDelete
  2. Nabil,,hang memang superb laaa...keja ang melawak dah laaa k...mmg best..

    ReplyDelete
  3. ade babak yang nabil translate ape yang johan cakap mmg lawak gile...contoh..
    JOHAN:jibab...xboleh amek camera 2 mahal..
    tapi Nabil translate:nanti johan akan belikan camera untuk jibab.
    Dan bnyk lge la...lawak lawak lawak...

    ReplyDelete