Thursday 8 December 2011

Bujang Terlajak - MARTABATKAN Orang Kurang Upaya




Jalan cerita filem komedi Bujang Terlajak telah memartabatkan golongan Orang Kurang Upaya. Heroine filem ini yang dilakonkan oleh Fazura yang memegang watak Puteri mempunyai ayah yang buta. Walaupun kurang upaya, ayah Puteri tidak pernah mengabaikan keluarga mereka. Malah Puteri diberi satu kehidupan yang baik dan disekolahkan. Filem komedi ini memaparkan ciri-ciri kemanusiaan dan nilai-nilai murni tinggi walaupun dalam format komedi.

Puteri sangat menyenangi golongan OKU hinggakan dalam soal mencari jodoh beliau sanggup berkahwin dengan seorang jejaka OKU. Inilah yang telah diketahui oleh Johan,Nabil dan Saiful. Mereka berlagak seperti OKU demi memenangi hati Puteri. Di sinilah komedi filem ini bermula. Puteri juga mempunyai seorang adik bernama Jibab yang juga seorang OKU. Jibab walaupun OKU dapat merasakan niat tidak baik Johan/Nabil dan Saiful yang cuba memikat kakaknya. Disini berlaku konflik dan seterusnya dari konflik ini filem Bujang Terlajak di"build-up" hingga klimaks.

Mesej utama filem komedi ini adalah supaya masyarakat tidak memandang rendah kepada golongan Orang Kurang Upaya. OKU sepatutnya dihormati dan dilayan sama seperti golongan lain dalam masyarakat. Antara filem hebat yang memartabatkan OKU adalah karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam Ibu Mertuaku, watak Kassim Selamat.

Syabas Produser 
Bujang Terlajak 
kerana
MARTABATKAN ORANG KURANG UPAYA ! 

2 comments:

  1. Memang baik jika filem komedi dapat selit mesej kemanusiaan. Syabas...Bujang Terlajak !

    ReplyDelete
  2. dalam cerita ni kita boleh jadikan iktibar pabila melihat lakonan Fazura yang tidak kesah untuk menolong dan menjadi kawan, ruangkan masa dengan orang-orang kurang upaya...Bujang Telajak penuh dengan MESEJ POSITIF tontonan seisi keluarga disamping membuatkan kita tergelak terbahak bahak...

    ReplyDelete