Tuesday 6 December 2011

Bujang Terlajak - Kutip RM 8 juta di Box Office / Januari 2012


petikan daripada - http://peopleagainstopposition.blogspot.com/



Filem Bujang Terlajak ini menampilkan barisan-barisan pelakon komedi handalan yang mengisahkan tentang cinta tiga segi, tiga sahabat mengejar seorang wanita (lakonan Fazura) yang bernama Puteri. Pelbagai usaha dicuba bagi memenangi hati Puteri. 


Lakonan bersahaja serta lawak-lawak yang original pasti membuatkan para peminat Johan Raja Lawak, Nabil dan Saiful Apek ketawa dengan gelagat ketiga-tiga artis ini. Bujang Terlajak pasti membuat para peminat komedi berpusu-pusu ke panggung wayang bagi menonton filem komedi ini yang diarahkan oleh Pengarah terkenal Prof.Razak Mohaideen.

Filem Box Office 
Bakal Kutip RM 8 juta !!!


Apa yang membuat filem ini menarik adalah para pelakon tidak terikat dengan skrip lakonan tetapi dibenarkan bebas berlakon tanpa ada apa-apa sekatan. Hasil daripada pendekatan ini maka lakonan para pelakon menjadi hidup dan lawak spontan dapat dihasilkan. Malah pelakon baru Shaheed Salim telah dapat menghidupkan satu watak yang bernama Jibab dengan jayanya kerana lakonan asli beliau telah dapat menaik-kan nilai estetika filem ini.

Datanglah beramai-ramai menonton filem ini yang akan dipertontonkan di Pawagam seluruh Malaysia pada Januari 2012 sempena Tahun Baru Cina.

Filem Paling Lawak 2012. 
Meletup di Panggung Wayang nanti !

3 comments:

  1. Lebih dari 8 juta pun hampa boleh oulun aiih..Geng-geng Kedah turun habih semua..Razak punya pasai !

    ReplyDelete
  2. Orang dok tension nak pilihanraya...apa kata kita layang Bujang Terlajak masa Raya Cina...ni best ni...

    ReplyDelete
  3. Cucu Tok Selampit7 December 2011 at 06:24

    Tak sabak nak pi tengok...Tiket mesti habih awai..kena pi panggung suboh-suboh 19hb Januari 2012....

    ReplyDelete