Tuesday 6 December 2011

Bujang Terlajak - Filem Komedi yang bakal GEGARKAN Pawagam ! 2012

petikan daripada - http://peopleagainstopposition.blogspot.com/



Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Meletup Di Pawagam 2012

Saya telah dipertontonkan filem terbaru arahan Prof.Madya Razak Mohaideen yang bertajuk Bujang Terlajak Belum Terlanjur pada 1hb Disember 2011 bertempat di sebuah  pusat tayangan MidValley. Filem ini  akan disiarkan di pawagam-pawagam seluruh tanah air sempena cuti Tahun Baru Cina pada 2012.

Filem ini mempunyai plot cerita yang sangat mudah tetapi mempunyai maksud mendalam yang mengisahkan tentang kehendak manusia apabila memuncak , mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi mendapatkan hajat terpendam. Terdorong akibat terdesak adalah satu mesej kemanusiaan yang cuba disampaikan melalui filem komidi ini.

Cara penceritaan filem ini sangatlah menarik kerana ia bermula dengan satu insiden dan daripada insiden tersebut plot-plot komedi ini dibina dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita yang penuh dengan adegan-adegan lucu dan komidi yang original.

Filem ini menggabungkan tiga watak utama iaitu Johan Raja Lawak, Nabil dan Saiful Apek. Lakonan mereka sangat bersahaja dan mempunyai ciri-ciri unik tersendiri kerana membawa dua watak berlainan setiap seorang. Di samping itu ada satu watak istimewa lakonan pelakon baru Shaheed Salim iaitu watak Jibab yang pasti memikat hati kanak-kanak serta para remaja.



Filem komidi ini sesuai untuk tontonan umum dan amat relevan untuk semua lapisan masyarakat. Lakonan para pelakon pembantu termasuk Fazura dan Mustapha Kamal telah memainkan peranan menjayakan filem komidi ini. Filem ini bakal menjadi filem “box office” tahun 2012 kerana plot cerita yang menarik serta komidi asli yang pasti membuat anda tertawa.

Sokonglah filem-filem tempatan dengan keluar beramai-ramai menyaksikan filem komidi ini bagi menyokong pengeluaran industri filem tempatan. Sokongan anda akan membolehkan pemain-pemain industri filem terus berkembang maju dan menghasilkan filem-filem bermutu tinggi. Sokonglah industri filem tempatan.

3 comments:

  1. Ada blogspot sih filem ni....Aku mesti support filem ni....Klip pun dah kelakar habis...Aku suke sangat Johan dalam Edisi Khas..dalam movie ni ...mesti best punyer...nasib baik raye Cine tak bizy...

    ReplyDelete
  2. Mak Limah Tak Balik Umah7 December 2011 at 06:32

    Kali ni David Teoh mesti kena knock out dgn Razak...Sampai bila kita nak kayakan David Teoh...Support Bujang Terlajak....Filem ni pasti best !

    ReplyDelete
  3. Klip pun dah best...filem lagilah best...banyak orang dok ulang filem ni best...dah ramai sangat puji nih...mesti nak gi tengok...

    ReplyDelete