Saturday 24 December 2011

Bujang Terlajak berentap dengan Ombak Rindu ! Panas




Filem Bujang Terlajak yang akan ditayangkan di Universiti Selangor, Shah Alam pada 27hb Disember 2011 jam 9malam bakal menyaksikan satu saingan sengit dengan filem Ombak Rindu. Walaupun memaparkan genre yang berlainan namun pencapaian Ombak Rindu telah membuktikan bahwa selera golongan remaja tidak dapat dibendung lagi. Golongan ini dahagakan hiburan alternatif yang dapat memberi kepuasan kepada mereka. Ombak Rindu dijayakan oleh Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani manakala Bujang Terlajak akan dijayakan oleh Johan Maharaja Lawak, Nabil Raja Lawak, Apek Senario, Fazura dan Mustapha Kamal..



Bujang Terlajak mempunyai semua elemen-elemen yang dapat memberikan hiburan santai kepada semua lapisan masyarakat. Komedi bersih, ringan serta sarat dengan mesej-mesej nilai-nilai murni mampu menarik minat rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu untuk kembali ke pawagam. Ombak Rindu dan Bujang Terlajak adalah titik permulaan kegemilangan filem-filem Melayu, kembali menggegarkan arena produksi filem tempatan.

Produser Bujang Terlajak , En Latif Mohaideen begitu optimistik bahwasanya filem Bujang Terlajak dapat sambutan yang memberangsangkan berdasarkan kepada sambutan hangat luar dugaan terhadap filem tersebut apabila ditayangkan di UPSI, UITM dan USM baru-baru ini.

Bujang Terlajak 
Break Box Office Record
Bakal Mengutip RM 13 juta
Saksikan di pawagam
19hb Januari 2012

3 comments:

  1. Bujang Telajak pasti buat rekod baru laaa...

    ReplyDelete
  2. Bujang Telajak pasti memberi saingan sengit dalam kutipan tiket untuk filem 2012.....

    ReplyDelete
  3. pasti boleh kutip tinggi punya...

    ReplyDelete