Saturday, 24 December 2011

Bujang Terlajak berentap dengan Ombak Rindu ! Panas




Filem Bujang Terlajak yang akan ditayangkan di Universiti Selangor, Shah Alam pada 27hb Disember 2011 jam 9malam bakal menyaksikan satu saingan sengit dengan filem Ombak Rindu. Walaupun memaparkan genre yang berlainan namun pencapaian Ombak Rindu telah membuktikan bahwa selera golongan remaja tidak dapat dibendung lagi. Golongan ini dahagakan hiburan alternatif yang dapat memberi kepuasan kepada mereka. Ombak Rindu dijayakan oleh Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani manakala Bujang Terlajak akan dijayakan oleh Johan Maharaja Lawak, Nabil Raja Lawak, Apek Senario, Fazura dan Mustapha Kamal..



Bujang Terlajak mempunyai semua elemen-elemen yang dapat memberikan hiburan santai kepada semua lapisan masyarakat. Komedi bersih, ringan serta sarat dengan mesej-mesej nilai-nilai murni mampu menarik minat rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu untuk kembali ke pawagam. Ombak Rindu dan Bujang Terlajak adalah titik permulaan kegemilangan filem-filem Melayu, kembali menggegarkan arena produksi filem tempatan.

Produser Bujang Terlajak , En Latif Mohaideen begitu optimistik bahwasanya filem Bujang Terlajak dapat sambutan yang memberangsangkan berdasarkan kepada sambutan hangat luar dugaan terhadap filem tersebut apabila ditayangkan di UPSI, UITM dan USM baru-baru ini.

Bujang Terlajak 
Break Box Office Record
Bakal Mengutip RM 13 juta
Saksikan di pawagam
19hb Januari 2012

Friday, 16 December 2011

Filem Bujang Terlajak - Berpontensi kutip RM 12 juta ! Insya Allah...



Lihat sajalah kegilaan komedi dalam video klip di atas. Apabila di pertontonkan kepada "student-student" UPSI, UITM dan USM, sokongan yang diterima amatlah menggalakkan. Sambutan kepada trailer youtube Bujang Terlajak sudah melepasi 54'000 pengunjung dan jumlah keseluruhan semua video-video you tube Bujang Terlajak mengjangkau 100'000 viewers dalam hanya 3 minggu.

Ini menunjukkan sambutan luar jangkaan dalam dunia cyber terhadap video-video you tube yang berkaitan dengan Bujang Terlajak. Promosi akan diperhebatkan lagi dengan pra tonton kepada "journalist" hiburan pada 10hb Januari 2012.


BUJANG TERLAJAK
Bakal Menempah Sejarah Perfileman Negara
Kutipan bakal mencecah RM 12 juta !
Insya Allah !

Monday, 12 December 2011

Filem Bujang Terlajak - Gempar di Dewan Budaya - USM / P.Pinang

USM - Dewan Budaya - Gempar ! 12 Dec 2011

Satu preview filem komedi Bujang Terlajak kepada penuntut-penuntut Fakulti Komunikasi  berlangsung di Dewan Budaya, Universiti Sains Malaysia, Batu Uban, P.Pinang....pada 12hb Dec 2011 (Isnin)..

Wakil Dekan, Prof.Madya Mohd Hatta turut hadir  berserta pelakon Cikgu Shukoor Mohaideen dan Wakil Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd, En Noor Mohamed bin Mohd Yousof.

Tayangan bermula pada jam 8.45pm.....Penuntut-penuntut Komunikasi ini adalah dari kalangan student yang agak serius dan tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada pengacara majlis pada mulanya. Tetapi sebaaik sahaja tayangan bermula, mereka gelak dan terus gelak tanpa henti dari mula tayangan hingga ke akhir. Full house, Dewan Budaya...


Wakil Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd
En Noor Mohamed
Menyampaikan ucapan ringkas...

Berikut adalah feedback daripada student Fakulti Komunikasi ini ;





Wani
Bestlah...Gelak tak henti...

Nana
Tak tahan..lawak sangat..

Cu
Mesti ajak kawan gi panggung..

Azman
I cuba tak nak gelak...tapi tak boleh

Abang Rahim
I memang datang niat nak kutuk..
Tapi nyata..filem ni best..
5 Star to Prof.Razak..

Adik Ani
Kelakar sangat-sangat

Ida
Lawak spontan..

Efa
Best...skrip dia bersahaja
Johan, Nabil , Apek..killer habis

Eida
I suka sangat Jibab

Malik
Tak sabar nak ajak kawan-kawan

Mie
best nak mampus..

Anuar
Berbaloi....datang...bestlah..

Jiha (adik umur 6tahun)
Seronok..lawak...gelihati...

Rosnah
Seronok...ada feel-lah
Suka lagu maafkan kami

1 Geng USM
Filem ni akan kutip RM 11juta
Box Office Hit !



Syabas Bujang Terlajak !

Saturday, 10 December 2011

Bujang Terlajak bakal Bersaing dengan KL Gangster - Rekod Kutipan Paling Tinggi 2012 !




Mengikut perkiraan terbaru, Bujang Terlajak bakal mendapat "box office" collection yang akan menggugat "record" KL Gangster. Ini berdasarkan kepada permintaan serta sambutan kepada filem-filem komedi yang telah berjaya mengutip hasil kutipan tertinggi bagi tahun 2011. Kutipan komedi melebihi RM 18 juta.

Sila rujuk link di bawah ;

http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry&sub=cereka&p=Filem2011

Namun begitu, hasil daripada analisa yang dijalankan menggunakan sistem laporan sosial media - "fizziology" yang dibuat oleh satu kumpulan sukarela media sosial telah membuat prediksi bahwa filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur , bakal mendapat kutipan yang paling tinggi berdasarkan beberapa faktor.

Faktor pertama dalam "factor rating" ini yang buat kali pertama membuat prediksi tentang sambutan kepada sesuatu filem tempatan adalah berasaskan jumlah peminat terkumpul dan perkiraan filem-filem box office yang dibintangi oleh Johan , Nabil dan Saiful Apek. Tidak lupa juga kepada heroine Fazura. Scoring dikira berdasarkan jumlah peminat yang mengikuti ke-empat-empat pelakon dalam semua laporan media dan juga dalam media sosial.

Faktor kedua adalah berdasarkan sambutan dan maklum-balas yang dianalisis dan dikira merujuk kepada pengikut, jumlah hits , chat room, board-room, tweeter, facebook, blogsphere, podcasting, sms dan email tentang filem Bujang Terlajak selepas seminggu mendapati bahwa hits sudah mencapai 300'000 point units yang boleh ditafsir sebagai 35% sambutan hangat bagi satu populasi berjumlah dalam 3 juta orang. Ini adalah satu pencapaian yang amat-amat memberangsangkan.

Faktor ketiga adalah berdasarkan feedback "on the ground" selepas tiga kali preview, 30hb Nov 2011 di UPSI, 2hb Disember 2011 di Midvalley dan 6hb Disember 2011 di UITM, Shah Alam. Filem Bujang Terlajak mendapat scoring AA++ untuk skor paling tinggi bagi kajian ini. 

Rumusan ; Bujang Terlajak bakal Mencabar KL Gangster dari segi Kutipan BOX Office yang mampu melebihi 11juta.

Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Bakal Kutip RM 11 juta di pawagam !!!
Laporan Media Sosial 

Friday, 9 December 2011

Nabil - Lakonan Meletup Dalam Filem - Bujang Terlajak !


Nabil bakal meletup dalam Bujang Terlajak !


Setiap artis yang berlakon terutama artis baru akan mendapat peluang melonjak-kan populariti mereka jika dalam salah satu filem lakonan mereka penonton memberikan sambutan hangat. Kepada Johan, lakonan dan kejayaan Filem - Hantu Mak Limah telah melonjak-kan namanya.

Bagi Nabil pula, lakonan-lakonan dalam beberapa filem yang lalu ada yang mengundang kontroversi secara tidak sengaja. Tetapi dalam dua preview untuk Filem - Bujang Terlajak Belum Terlanjur, penonton memberikan sambutan yang luarbiasa kepada Nabil. Apabila Prof.Razak memberi kelonggaran kepada Nabil, maka nampak sangat Nabil beriya-iya memantapkan lakonan semata-mata untuk menyaingi Johan dan Apek. 

Banyak idea-idea komidi yang Nabil cuba agar quality lawaknya meningkat seiring dengan Johan dan Apek. Breakthrough untuk Nabil terserlah apabila ajuk suara animasi kartun Jepun benar-benar menyerlahkan lakonan Nabil. Penonton ketawa geli-geli hati semasa preview UPSI dan UITM melihat gelagak Nabil. Inilah lakonan terbaik Nabil sepanjang kareernya dalam dunia perfileman.

Nabil - Lakonan Meletup 
Dalam Filem
Bujang Terlajak Belum Terlanjur !

Mantap Beb !

Lawak Johan - Gempar dalam Bujang Terlajak



Johan sebagai David Teoh


Johan bakal membuat anda gelak bagai nak rak dalam filem terbarunya - Bujang Terlajak Belum Terlanjur. Pull factor Johan akan menyebabkan para peminatnya berduyun-duyun datang ke pawagam. Johan memang mempunyai bakat lawak yang original dan bersahaja. Apabila Prof.Razak benarkan Johan berlakon tanpa terikat kepada skrip maka apa yang berlaku adalah Johan telah berjaya membawa wataknya dalam Bujang Terlajak dengan baik. Watak sebagai Waheeda dalam Bujang Terlajak benar-benar menggelikan hati apatah lagi dengan celoteh Johan yang memang pakar membuat "impersonation". 

Johan juga begitu menghayati wataknya yang jatuh hati kepada Fazura hinggakan terbawa-bawa ke luar set. Johan telah jatuh hati kepada Fazura walaupun di luar set. Seluruh set gamat dengan lawak-lawak Johan yang spontan. Memang Johan mempunyai peminat yang ramai dan lakonan-nya dalam Bujang Terlajak Belum Terlanjur memang tidak akan menghampakan.

Dengan Johan , Nabil dan Apek, Filem Bujang terlajak bakal mendapat kutipan tertinggi apabila menemui penonton-penonton pada 19hb Januari 2012.



Johan Maharaja Lawak
Gegarkan Filem Bujang Terlajak
Kutipan Box Office !!! 
Sempena Raya Cina 2012 

Thursday, 8 December 2011

Produser Bujang Terlajak Beri Penghormatan kepada Blogger




Produser Bujang Terlajak, Latiff Mohaideen telah menjemput lebih daripada 20 Blogger tempatan untuk diraikan dan sebagai promosi kepada Filem Komedi Bujang Terlajak. Ini merupakan pengiktirafan serta satu penghormatan kepada blogger-blogger tempatan. Penerimaan kepada media alternative ini perlahan-perlahan mengubah landskap laporan media terutama dalam bidang pemasaran produk.

Event ini telah mengambil tempat di MidValley pada 2hb Disember 2011. Para blogger telah diberi eksklusif preview dan cenderamata sebagai tanda terima-kasih. Produser Filem Bujang Terlajak telah mengambil langkah yang bijak dengan membawa para pengamal media alternative bagi sama-sama membantu dalam promosi filem komedi ini. Para blogger teruja dengan filem ini dan ramai yang memberi komen yang memberangsangkan. 

Blog menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turun ke pawagam dan sokong Filem Komidi Bujang Terlajak.

Bujang Terlajak
Gegarkan Pawagam dengan
Kutipan Box Office !!!
Tunggu - 19 Januari 2012



Bujang Terlajak - MARTABATKAN Orang Kurang Upaya




Jalan cerita filem komedi Bujang Terlajak telah memartabatkan golongan Orang Kurang Upaya. Heroine filem ini yang dilakonkan oleh Fazura yang memegang watak Puteri mempunyai ayah yang buta. Walaupun kurang upaya, ayah Puteri tidak pernah mengabaikan keluarga mereka. Malah Puteri diberi satu kehidupan yang baik dan disekolahkan. Filem komedi ini memaparkan ciri-ciri kemanusiaan dan nilai-nilai murni tinggi walaupun dalam format komedi.

Puteri sangat menyenangi golongan OKU hinggakan dalam soal mencari jodoh beliau sanggup berkahwin dengan seorang jejaka OKU. Inilah yang telah diketahui oleh Johan,Nabil dan Saiful. Mereka berlagak seperti OKU demi memenangi hati Puteri. Di sinilah komedi filem ini bermula. Puteri juga mempunyai seorang adik bernama Jibab yang juga seorang OKU. Jibab walaupun OKU dapat merasakan niat tidak baik Johan/Nabil dan Saiful yang cuba memikat kakaknya. Disini berlaku konflik dan seterusnya dari konflik ini filem Bujang Terlajak di"build-up" hingga klimaks.

Mesej utama filem komedi ini adalah supaya masyarakat tidak memandang rendah kepada golongan Orang Kurang Upaya. OKU sepatutnya dihormati dan dilayan sama seperti golongan lain dalam masyarakat. Antara filem hebat yang memartabatkan OKU adalah karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam Ibu Mertuaku, watak Kassim Selamat.

Syabas Produser 
Bujang Terlajak 
kerana
MARTABATKAN ORANG KURANG UPAYA ! 

Wednesday, 7 December 2011

Bujang Terlajak Meletup di Dewan Sri Budiman - UITM, Shah Alam !

Berita Bujang Terlajak ;

6hb Disember 2011


                                           Barisan crew produksi dan pelakon Bujang Terlajak

Tayangan filem Bujang Terlajak di Dewan Sri Budiman UITM, Shah Alam, sangat memberangsangkan. Para penuntut UITM dan wakil-wakil Fakulti tidak kering gusi dari permulaan hingga ke akhir filem. Resipi Prof.Razak Mohaideen yang menggabungkan Otai Komedi - Saiful Apek dengan dua Maharaja Lawak - Johan dan Nabil benar-benar menghidupkan filem Bujang Terlajak ini.




Komedi yang bersahaja dan Nabil yang menggunakan gaya lakonan yang diajuk dari suara latar animasi komik JEPUN dalam bahasa malaysia benar-benar berjaya membuat penonton ketawa terbahak-bahak.

Berikut adalah komen seorang penuntut di blogspotnya - 



Mesti korang gelak sampai lenguh-lenguh mulut, 
urat kentut tercabot !
Yayahana - UITM, Shah Alam


Preview Bujang Terlajak di Auditorium UPSI - GAMAT !

Berita Bujang Terlajak ;

30hb November 2011



Bertempat di Auditorium Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim, tayangan preview Bujang Terlajak berlangsung. Filem terbaru arahan Prof.Razak Mohaideen telah berjaya menawan hati lebih 600 penuntut UPSI.

Gelak ketawa dan tawa ria kedengaran dari permulaan hingga berakhirnya tayangan filem komedi tersebut. Penerimaan memang tidak menghampakan. Response "audience" terhadap lawak-lawak spontan Johan, Nabil dan Saiful memang luar biasa.

Daripada sokongan serta sambutan penuntut UPSI, ianya menjadi satu kayu pengukur bahwa filem Bujang Terlajak bakal memecah box office melepasi kutipan biasa dan tidak dihairankan jika ianya mencipta rekod baru dalam jumlah kutipan. Kekuatan lakonan Johan, Nabil, Apek, Fazura dan Mustapha Kamal memang mantap. Malah pelakon baru Shaheed Salim (dari Singapura) yang memegang watak Jibab turut menyerikan sambutan di UPSI.

Syabas BUJANG TERLAJAK !
Filem BOX OFFICE 2012 !
Tiket dijangka habis "sold out"
Datang awal ke pawagam pada 19hb Januari 2012

Tuesday, 6 December 2011

Johan Raja Lawak, Nabil dan Saiful - Bersaing dalam Bujang Terlajak



Tiga Maharaja Lawak !
Lakonan Pecah Perut !!
Gelak sampai CRAMP URAT MULUT !!!


Tiga Maharaja Lawak, berentap dalam filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur. Johan, Nabil dan Apek memang amat serasi dan lakonan mereka dalam filem Bujang Terlajak adalah yang terbaik untuk mereka bertiga. Dapat diperlihatkan bagaimana ketiga-tiga Maharaja Lawak ini cuba bersaing antara satu sama lain dan ini telah membuatkan filem Bujang Terlajak dipenuhi dengan lawak serta jenaka spontan.



'Scene" yang pasti membuatkan anda pecah perut antara lain adalah apabila Johan, Nabil dan Apek berpakaian perempuan bagi mendekati Puteri (lakonan Fazura). Johan berlakon sebagai Waheeda dan cuba menjual buku-buku agama kepada Puteri. Apek pula berlakon sebagai perempuan India, siap dengan memakai sari menjadi petugas banci dan Nabil pula berlakon sebagai Mak Nyah dan menjual barangan kosmetik. Memang "scene" ini pasti membuatkan anda gelak hingga terkucil.


Saksikan - Johan , Nabil dan Apek !!!
Raja Maharaja Lawak dalam
Bujang Terlajak !!
Januari 19 - 2012

Bujang Terlajak - Filem Komedi yang bakal GEGARKAN Pawagam ! 2012

petikan daripada - http://peopleagainstopposition.blogspot.com/



Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Meletup Di Pawagam 2012

Saya telah dipertontonkan filem terbaru arahan Prof.Madya Razak Mohaideen yang bertajuk Bujang Terlajak Belum Terlanjur pada 1hb Disember 2011 bertempat di sebuah  pusat tayangan MidValley. Filem ini  akan disiarkan di pawagam-pawagam seluruh tanah air sempena cuti Tahun Baru Cina pada 2012.

Filem ini mempunyai plot cerita yang sangat mudah tetapi mempunyai maksud mendalam yang mengisahkan tentang kehendak manusia apabila memuncak , mereka sanggup lakukan apa sahaja bagi mendapatkan hajat terpendam. Terdorong akibat terdesak adalah satu mesej kemanusiaan yang cuba disampaikan melalui filem komidi ini.

Cara penceritaan filem ini sangatlah menarik kerana ia bermula dengan satu insiden dan daripada insiden tersebut plot-plot komedi ini dibina dan disusun sehingga menjadi sebuah cerita yang penuh dengan adegan-adegan lucu dan komidi yang original.

Filem ini menggabungkan tiga watak utama iaitu Johan Raja Lawak, Nabil dan Saiful Apek. Lakonan mereka sangat bersahaja dan mempunyai ciri-ciri unik tersendiri kerana membawa dua watak berlainan setiap seorang. Di samping itu ada satu watak istimewa lakonan pelakon baru Shaheed Salim iaitu watak Jibab yang pasti memikat hati kanak-kanak serta para remaja.



Filem komidi ini sesuai untuk tontonan umum dan amat relevan untuk semua lapisan masyarakat. Lakonan para pelakon pembantu termasuk Fazura dan Mustapha Kamal telah memainkan peranan menjayakan filem komidi ini. Filem ini bakal menjadi filem “box office” tahun 2012 kerana plot cerita yang menarik serta komidi asli yang pasti membuat anda tertawa.

Sokonglah filem-filem tempatan dengan keluar beramai-ramai menyaksikan filem komidi ini bagi menyokong pengeluaran industri filem tempatan. Sokongan anda akan membolehkan pemain-pemain industri filem terus berkembang maju dan menghasilkan filem-filem bermutu tinggi. Sokonglah industri filem tempatan.

Bujang Terlajak - Kutip RM 8 juta di Box Office / Januari 2012


petikan daripada - http://peopleagainstopposition.blogspot.com/



Filem Bujang Terlajak ini menampilkan barisan-barisan pelakon komedi handalan yang mengisahkan tentang cinta tiga segi, tiga sahabat mengejar seorang wanita (lakonan Fazura) yang bernama Puteri. Pelbagai usaha dicuba bagi memenangi hati Puteri. 


Lakonan bersahaja serta lawak-lawak yang original pasti membuatkan para peminat Johan Raja Lawak, Nabil dan Saiful Apek ketawa dengan gelagat ketiga-tiga artis ini. Bujang Terlajak pasti membuat para peminat komedi berpusu-pusu ke panggung wayang bagi menonton filem komedi ini yang diarahkan oleh Pengarah terkenal Prof.Razak Mohaideen.

Filem Box Office 
Bakal Kutip RM 8 juta !!!


Apa yang membuat filem ini menarik adalah para pelakon tidak terikat dengan skrip lakonan tetapi dibenarkan bebas berlakon tanpa ada apa-apa sekatan. Hasil daripada pendekatan ini maka lakonan para pelakon menjadi hidup dan lawak spontan dapat dihasilkan. Malah pelakon baru Shaheed Salim telah dapat menghidupkan satu watak yang bernama Jibab dengan jayanya kerana lakonan asli beliau telah dapat menaik-kan nilai estetika filem ini.

Datanglah beramai-ramai menonton filem ini yang akan dipertontonkan di Pawagam seluruh Malaysia pada Januari 2012 sempena Tahun Baru Cina.

Filem Paling Lawak 2012. 
Meletup di Panggung Wayang nanti !

Lakonan FAZURA dalam Bujang Terlajak ada CLASS !




Lakonan Fazura dalam filem terbarunya - Bujang Terlajak yang memegang watak Puteri memang ada class. Fazura tidak berpura-pura berlakon dalam filem ini tetapi telah berjaya menjiwai watak seorang anak yang kasihkan ayahnya lakonan Mustapha Kamal (orang buta). 

Lakonan yang bersahaja dari Fazura telah berjaya bergandingan dengan Johan Raja Lawak, Nabil dan Apek. Fazura telah berjaya memantapkan lakonan-nya malah telah menyebabkan ketiga-tiga co-starnya iaitu Johan, Nabil dan Apek terpaksa menigkatkan lakonan mereka supaya sama "level" dengan Fazura. Fazura telah berjaya menjiwai watak Puteri hinggakan penonton akan terlupa bahwa yang ditonton itu bukan Fazura tetapi Puteri.




FAZURA !
PASTI MEMUKAU PENONTON DALAM 
BUJANG TERLAJAK !





Prof.Madya Razak Mohaideen - Gaya Penceritaan Unik untuk Bujang Terlajak




Bagi filem terbaru arahan Prof.Madya Razak Mohaideen, gaya penceritaan-nya kali ini unik. Filem bermula dengan gaya sentuhan seperti cerita ala Stephen King dan dari situ, build up dibuat hingga klimaks dan diakhiri dengan sentuhan sentimental.

Filem ini mempunyai ciri-ciri komedi yang sarat dengan mesej-mesej kemanusiaan. Menghormati OKU. Prof.Razak telah berjaya membawa suatu kisah yang meletakkan martabat OKU ke satu tahap yang harus dihormati masyarakat dengan menjadikannya sebagai subjek utama filem terbaru ini.



Fime ini bakal memberi saingan kepada Hantu Mak Limah Pulang Ke Kampung kerana ciri-ciri komedi bersahaja yang dipaparkan dan tidak terikat dengan skrip. Lakonan Nabil, Apek dan Johan menjadi begitu bersahaja dan komedi spontan dapat disaksikan di keseluruhan filem ini.

Sambutan di UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim yang ditayangkan di penghujung November 2011 lalu menunjukkan bahwa filem ini bakal mendapat sambutan hangat di pawagam-pawagam seluruh tanah air.



KETAWA SAMPAI NAK NANGIS !
Pelatih UPSI, selepas menonton filem ini...


Bujang Terlajak - Bakal Meletup di Pawagam 9hb Januari 2011





Sinopsis Bujang Terlajak


Bujang Terlajak mengisahkan mengenai 3 rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri (Fazura).


Mereka bertiga adalah ahli silap mata profesional. Ketika membuat rakaman penggambaran sebuah iklan, mereka tertarik dengan Puteri yang menjadi model untuk iklan itu.Tiga sekawan ini mengekori Puteri sehingga mereka mengetahui yang Puteri adalah seorang guru tadika dan juga model sambilan. Bagi mengenali Puteri dengan lebih rapat, Saiful mencungkil rahsia untuk menambat hati Puteri daripada ayah Puteri yang buta, Haji Hashim (Mustapha Kamal).


Dia diberitahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri. Pelbagai helah mereka gunakan untuk meraih kasih Puteri termasuk menggagalkan rancangan antara satu sama lain. Siapakah yang bakal memenangi hati Puteri? Semuanya akan terjawab menerusi Bujang Terlajak yang ditayangkan di pawagam pada 19 Januari 2012.

Saksikan Bujang Terlajak Belum Terlanjur di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 19hb Januari 2011.

PASTI MELETUP !