Monday, 9 January 2012

Bujang Terlajak - Pawagam-Pawagam Seluruh Malaysia Sesak...

Untuk pengetahuan semua, pratonton filem BUJANG TELAJAK akan diadakan di TWINTECH(Bandar Sri Damansara) pada hari Rabu, 11 Januari 2012 bermula jam 2.30 petang. 


Watak Jibab - Shaheed Salim / sila layari blogspot beliau - http://shaheedsalim.blogspot.com/


Januari 19 - 2012

Penantian yang ditunggu-tunggu...Bujang Terlajak yang telah mendapat sambutan luar dugaan melalui Facebook, Twitter, Blogspot, Tag dan Youtube bakal menggamatkan pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Filem ini memaparkan komedi bersahaja oleh 3 Malaharaja yang memang Maharaja Lawak. Johan, Saiful dan Apek. Kombinasi ketiga-tiga pelawak ini bakal membuat anda tidak kering gusi.

Saksikan bagaimana Apek menjadi perempuan India yang bekerja mengambil banci penduduk. Johan bertukar menjadi Waheeda. dan Nabil bercakap seperti alih suara Dora dalam animasi Jepun - Doremon. Kelakar giler !

Kepada sahabat-sahabat yang nak release tension, JOM gi tengok Bujang Terlajak Belum Terlanjur....19 Januari 2012.



Beginilah keadaan bila Bujang Terlajak ditayangkan
pada 19hb Januari 2012.

Filem ni bakal jadi box office dan dijangka kutip lebih dari RM 13 juta !...


tapi silap...
insya Allah..
pasti dapat mengutip RM 13 juta
dengan sokongan anda.

No comments:

Post a Comment