Monday, 13 February 2012

Bujang Terlajak kini di Rumah Anda - ASTRO FIRST

Februari 2012


Selepas tayangan memberangsangkan Bujang Terlajak Belum Terlanjur di pawagam seluruh tanah-air, bermula pada Februari 2012, Bujang Terlajak meletup di ASTRO FIRST. Sila pastikan anda dapat menonton Bujang Terlajak Belum Terlanjur di ASTRO FIRST. Sambutan di pawagam sangatlah menggalakkan dan rata-rata penonton terhibur dengan komedi santai yang dipaparkan. Berikutan kejayaan di pawagam maka Produser Bujang Terlajak telah membuat perancangan bagi membolehkan Bujang Terlajak ditonton melalui saluran ASTRO FIRST.

http://www.astro.com.my/astrofirst/indices/index_1389.html

Sinopsis Bujang Terlajak di ASTRO FIRST ;

Tiga rakan karib iaitu Saiful, Nabil dan Johan yang jatuh cinta dan bersaing antara satu sama lain untuk merebut perhatian seorang gadis bernama Puteri. Mereka mendapat tahu Puteri ingin berkahwin dengan seorang yang kurang upaya kerana Puteri percaya bahawa dia akan mendapat cinta sejati seperti yang dialami oleh ibunya. Oleh itu ketiga-tiga mereka mula menyamar dengan niat untuk memenangi hati Puteri.

  • Showing Time14 Feb 3:00 pm ( 90 minutes )
  • TV Guide
Classification
Universal
Genre
Movie, Drama
Sub Genre
COMEDY
Running Time
90 minutes



Tuesday, 24 January 2012

Bujang Telajak - Kutipan melewati RM 1.5juta dalam 4 hari pertama !


Dah kutip melebihi 
RM 1.5juta dalam 4 hari sahaja !

Filem Bujang Telajak telah berjaya mengutip RM 1.5juta hanya dalam 4 hari tayangan. Walaupun 2 hari pertama adalah hari kerja tetapi Bujang Telajak masih mampu menarik penonton ke pawagam. Kejayaan ini terletak kepada kekuatan filem komedi tersebut yang rata-rata telah menghiburkan semua golongan masyarakat yang datang menonton filem. Sekarang ini sambutan terhadap filem komedi ini menjadi lebih hangat apabila para penonton sendiri menyebarkan tentang lawak bersahaja filem ini yang sangat menghiburkan. Penerbit filem ini berasa bahawa Bujang Telajak akan dapat menarik penonton hingga ke akhir tayangan dan sokongan akan berlanjutan hingga ke Astro.

Datanglah beramai-ramai ke pawagam-pawagam seluruh Malaysia.
Bujang Terlajak bakal meletup lagi di pawagam seluruh Malaysia. 

Saturday, 21 January 2012

Bujang Telajak Belum Terlanjur - Kutipan Hangat 3 hari Pertama


Panggung-panggung seluruh Malaysia telah dikunjungi para peminat filem ini yang telah menunjukkan kutipan 3 hari yang sangat memberangsangkan. Lebih memberangsangkan apabila rata-rata para peminat mengatakan filem ini telah menetapi ciatarasa mereka sebagai filem komedi yang sangat menghiburkan.

Walaupun rata-rata orang ramai sibuk dengan urusan namun para peminat yang menunggu-nunggu tayangan filem ini ternyata telah membanjiri semua pawagam-pawagam di seluruh Malaysia.




Penonton yang hadir menonton pula tidak kira usia sama-ada tua atau muda, rata-rata telah menggunakan kesempatan ini untuk berhibur sambil bercuti sempenan Raya Cina. Pihak kami sempat berwawancara dengan petugas GSC, Cik Mawarni di Sunway Carnival, Butterworth dan beliau mengatakan bahawa hari pertama, kedua dan ketiga memang mendapat sambutan walaupun Khamis dan Jumaat adalah hari berkerja. Sambutan yang sama kepada Journey2 filem antarabangsa telah diberikan kepada Bujang Telajak. Menurut produser Line Clear Motion Pictures Sdn Bhd, En Latiff Mohaideen, beliau sangat positif terhadap sambutan luar jangkaan yang diberikan kepada Filem Bujang Telajak. Beliau akan membuat pengumuman Box Office, esok atau hari Isnin ini setelah mendapat jumlah kehadiran yang sebenar daripada pengusaha panggung dan pihak GSC.

Berikut adalah komen penonton 1Malaysia ;

Pak Ali
Sempoi !
Jitra, Kedah


Kak Chah
Saya suka Apek..
itu solo-solo
Alor Setar, Kedah

Marni
Nabil, lawak dgn dialog
dari kartun Jepun
Tanjung, Penang

Adik Anis
Suke sangat
Ipoh, Perak

Man Aziz
Johan....jadi Waheeda
Best..
Klang, Selangor

Mohd Anwar
Lakonan mantap ! Lawak
Melaka

Abang Abdul
Cerita best..ringan
lawak santai
Negri Sembilan

Kak Shimah
Seronok sangat...lawak bestlah
Tun Aminah, Johor Bahru

.......

Datanglah beramai-ramai. Sokonglah industri filem tempatan.
Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Gempar di Pawagam Seluruh Malaysia


Wednesday, 18 January 2012

Blog Bujang Terlajak - Meletup 7 hari yang lepas !

Graf di atas menunjukkan sambutan yang sangat memberangsangkan untuk blog Bujang Terlajak bagi 7 hari yang lalu. Rata-rata sambutan selepas daripada Press Conferance Bujang Terlajak, visits dan pageviews ke blog Bujang Terlajak melonjak naik. 

Penerbit filem Bujang Terlajak telah menyedari bahawa promosi melalui media alternatif adalah satu saluran yang mampu mempromosikan filem ini bagi membantu promosi melalui media utama yang sedang giat dijalankan. Digital Marketing bagi Bujang Terlajak akan dijadikan kayu pengukur bagi mengenalpasti keberkesanan media alternatif. Bloggers-bloggers juga telah diberi pendedahan istimewa filem ini agar sama-sama dapat membantu mempromosikan filem ini ke alam cyber.

Selain blogspot, Bujang Terlajak juga telah dipromosikan melalui SMS, Tweeter dan Facebook.

Datanglah beramai-ramai. Sokonglah industri filem tempatan.
Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Gempar di Pawagam Seluruh Malaysia
Hari Ini !

Bujang Terlajak - Meletup di Pawagam Hari Ini !




Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Kejadian yang tak dapat diagak bagaimana kesudahannya. Permintaan peminat-peminat yang bakal ditunaikan. 19hb Januari 2012. Tayangan pertama. 11.00pagi. Dengan iringan doa serta harapan kepada seluruh rakyat Malaysia agar keluarlah beramai-ramai dan memberi sokongan kepada tayangan filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur.

Saksikanlah !

Peringatan daripada penerbit Bujang Terlajak Belum Terlanjur...



Quran - Surah Al-Isra (17:70). Kami memuliakan Bani Adam dan membawa mereka di darat dan laut, dan merezekikan mereka dengan benda-benda yang baik, dan melebihkan mereka dengan berlebihan di atas kebanyakan daripada apa yang Kami cipta.

Quran - Surah Saba (34:39). Katakanlah, "Pemeliharaku menjulurkan dan menyempitkan rezeki-Nya kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; dan apa sahaja benda yang kamu menafkahkan, Dia akan menggantinya. Dia yang terbaik daripada pemberi-pemberi rezeki."

Quran - Surah Fatir (35:3). Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling?

Insya Allah

Monday, 16 January 2012

Bujang Terlajak - Dalam Laporan Media Januari 2012 !


Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Meletup di Pawagam 
19hb Januari 2012.

Bujang Terlajak Belum Terlanjur - Mantap !



Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur telah mendapat promosi dalam rancangan TV3 Malaysia Hari Ini edisi 17hb Januari 2012 , jam 12.30tgh. Nabil dan Fazura telah tampil ditemubual dalam rancangan tersebut. Banyak persoalan tentang filem dan kareer lakonan kedua-dua artis ini telah ditanya. WHI telah diberikan sinopsis tentang filem ini yang bakal meletup di pawagam-pawagam seluruh Malaysia pada 19hb Januari 2012. Paparan dalam WHI hari ini bakal mempromosikan filem ini ke seluruh Malaysia sebelum pembukaan hari pertama dalam 2 hari sahaja lagi. 



Terbaru, filem ke-32, Prof.Madya Razak Mohaideen Bujang Terlajak yang menampilkan tiga pelakon komedi popular, Saiful Apek, Nabil Ahmad dan Johan Raja Lawak. Turut ditampilkan, Fazura Ahmad, Susan Menon serta pelakon filem Ratu sebagai pendedahan buat mereka. Ini adalah filem ke-13 terbitan LineClear Motion Pictures Sdn. Bhd. Kata Razak, dia suka mencuba gabungan baru agar filemnya ada kelainan. Akuinya, Saiful Apek selalu bekerja dengannya begitu juga Nabil manakala Johan pernah bekerjasama menerusi filem Raya Tak Jadi yang akan menemui peminat tahun depan. "Cuma, Fazura dan Susan Menon saja baru pertama kali berlakon di bawah arahan saya. Komedi yang ditampilkan mudah dan menampilkan babak melucukan dan situasi pecah perut buat penonton.




Sungguhpun begitu, pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin ini masih belum puas dengan bidang seni lakonan dan peragaan yang telah diceburinya itu.SEPANJANG lapan tahun bergelar pelakon, Fazura telah berlakon dalam lebih 10 buah filem. Itu tidak termasuk drama dan telemovie serta teater. 

Malah, selain berlakon, aktres berusia 29 tahun ini juga merupakan model iklan di majalah dan televisyen sejak hampir 10 tahun yang lalu.Jelas anak ketiga daripada empat beradik itu, buat masa ini, dia belum terfikir untuk berhenti daripada menceburibidang lakonan.

Menurut pelakon jelita ini, dia akan meneruskan kerjaya itu sehinggalah sampai ke suatu tempoh waktu yang akan ditetapkan.Namun, Fazura membayangkan bahawa dia kemungkinan besar akan melupakan bidang yang diminatinya itu apabila berstatus seorang isteri dan ibu suatu hari nanti."Kalau saya sudah berkahwin, saya tidak mahu berlakon lagi. 

Cuma bila saya akan kahwin, saya tidak tahu. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Mungkin esok atau lusa jodoh saya datang, siapa tahu? Saya juga tidak ada tempoh waktu untuk terus berlakon. Buat masa inii, saya akan meneruskan kerjaya saya seperti biasa," katanya sewaktu ditemui selepas pratonton filem terbaru lakonannya berjudul Bujang Terlajak Belum Terlanjur arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen di sebuah pawagam di Kuala Lumpur, baru-baru ini.



Bujang Terlajak - Gempar dalam laporan Harian Metro !






Laporan Harian Metro
Muka - B19
Ahad 15 Januari 2012
Ulasan - Rudy Imran Shamsudin




Filem Bujang Terlajak Belum Terlanjur mendapat ulasan yang sangat menarik dalam suratkhabar Harian Metro, Ahad lalu....Antara lain laporan tersebut mengatakan, "keserasian dan jalan cerita menarik menjadi tunjang kekuatan filem arahan Prof.Madya a Razak Mohaideen yang akan menjengah di pawagam seluruh tanahair pada 19hb Januari 2012. Keserasian ketiga-tiga aktor (Nabil, Johan dan Saiful) ini juga jelas terserlah apabila lawak dilakukan mereka  seimbang dan tidak cuba menyaingi satu sama lain. Selain itu, lakonan mantap dan bersahaja daripada Fazura turut mengimbangi humor dipersembahkan tiga pelakon berpengalaman ini. Pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Anugerah Skrin ini juga berjaya menimbulkan mood drama yang diperlukan. Jalan cerita Bujang Terlajak berbeza dan dianggap kreatif membolehkan penonton menghayatinya hingga akhir.

Bujang Terlajak Belum Terlanjur
Meletup di Pawagam 
19hb Januari 2012.